Permata Hati Ku

21 Mei 2012

Akan datang...Permata Hati Ku

Assalamualaikum...

Syukur kepada Allah SWT kerana telah banyak memberikan saya nikmat dalam menyusuri kehidupan di dunia ini. Selawat dan salam kepada Nabi junjungan kita Muhammad SAW (saya amat merindui kepimpinan mu). 

Untuk kali ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara saudari yang sudi singggah di teratak daif saya ini. Sebenarnya apa yang saya coretkan dan akan coretkan di sini hanyalah dari hati kecil saya insan yang kerdil, tiada terdetik dihati ini untuk mengkritik sesiapa...jika saya tersalah bicara maka tegurlah saya...kerana sebagai insan biasa saya tidak terlepas daru melakukan kesilapan.

Di ruangan ini juga saya ingin mengumumkan bahawa saya akan cuba membuka satu halaman baru yang khusus membincangkan tentang 'core business' saya, yang dinamakan Permata Hati Ku. Semoga dengan kemunculan halaman ini nanti akan mengingatkan saya tentang kehidupan ini ada juga mereka yang kurang bernasib baik.
Dan sedikit sebanyak diharapkan saudara saudari dapat memahami dunia mereka yang kurang bernasib baik tersebut.

Apa yang diharapkan adalah semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada saya untuk terus membuat coretan di sini dan di halaman tersebut. Doa saudara saudari sekalian adalah senjata terbaik buat saya Insya Allah...

Sehingga berjumpa lagi, sekian terima kasih.

28 Jamadil Akhir 1433


0 ulasan:

Catat Ulasan