Permata Hati Ku

07 Mei 2012

Bersua Kembali...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Subhanallah...walhamdulillah...walailahaillah...wallahuakbar...
Sudah sangat lama saya tak menjengah blog ini, kerana kesibukan untuk meluangkan masa bagi coretan disini. 'Sibuk'???...satu perkataan yang sangat sinonim dengan manusia. Apakah yang kita sibukkan? Sibuk dengan kerja?...Sibuk dengan keluarga?...Sibuk dengan rakan-rakan?...Sibuk mencari wang?...
1001 soalan boleh kita ajukan pada diri sendiri. Tatkala diri sendiri tidak tahu jawapan yang pasti. Kenapa jadi begitu?...Jawapan yang mudah ialah kita gagal mengurus masa sendiri. Allah SWT memberikan kita 24 jam sehari atau 1440 minit sehari atau 86400 detik sehari. Tapi kita masih gagal untuk membahagikan masa dengan berkesan. 

Banyak kursus dan buku-buku yang telah diterbitkan mengenai pengurusan masa dengan pelbagai teknik, jadual dan sebagainya. Tetapi tidak semua orang mampu menguruskan masa hanya dengan perkara-perkara diatas. Allah SWT telah bersumpah demi masa, semua manusia dalam kerugian kecuali golongan yang dikehendaki Nya.
Surah Al-´Asr : Ayat 1-3
[1]. Demi masa.

[2]. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

[3]. KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.


Imam As-Syafi’I berkata : “Seandainya manusia benar-benar memahami surah ini, nescaya surah ini mencukupi bagi mereka.”

Subhanallah...ayat yang begini pendek tetapi amat dalam maksudnya. Walau sesibuk mana pun kita cubalah kita mencari masa untuk beramal kepada Nya, nescaya Insya-Allah Dia akan melapangkan waktu untuk kita. Apa yang penting kita yakin dengan ayat-ayat Allah di atas.

Alamak...panjang pulak coretan saya untuk permulaan yang baru ini :) 

Untuk makluman sanabat-sahabat sekalian...coretan ini adalah saya tujukan kepada diri saya sendiri kerana amat lalai dengan waktu atau masa Masya-Allah...dan mungkin juga boleh dijadikan ingatan kepada sahabat sekalian yang senasib dengan saya.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada saya untuk meneruskan coretan dalam blog ini...kepada sahabat-sahabat sekalian mohon tunjuk ajar dan tolong betulkan kesilapan dalam setiap coretan saya yang sedia ada dan yang akan datang...sesungguhnya manusia itu mudah melakukan kesilapan...

Hingga jumpa lagi...Wassalam...

15 Jamadil Akhir 1433 
1.05 a.m. 

0 ulasan:

Catat Ulasan